Rindu.
Terasa banyak benda akan diluah.
Namun, serasanya bicara mati sebelum terluah rasa.
Hati kita ini, kadang terlalu memendam.
Simpan segalanya diam-diam.
Hidup yang ceria menjadi kelam.
Mungkin terlupa mencari ketenangan di sepertiga malam.
Kadang rasa tak mampu bertahan.
Langkah kian perlahan.
Air mata tak tertahan-tahan.
Mengalir laju tanpa kehendak tuan.
hati kita ini bukan kuat
Kalaulah doktor bedah keluarkan hati kita, kena pijak hancur
Tapi, inilah, istimewanya hati, Allah letak di dada.
Agar dekat sentiasa dengan tuannya.
Hadiah terindah Tuhan buat hambaNya.
Pemilik segala rahsia dan juga jiwa manusia
Jangan bersedih dengan ujian Allah,
"Ingatlah, yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat untukmu. Percayalah, andai bahagia itu bukan milik kita di dunia, Allah pasti menyimpannya di sana, kerana DIA tidak pernah menzalimi hambaNya"
Walau apa yang terjadi terimalah seadanya. Allah terlalu sayangkan kita.
Kena ketuk dengan ujian sekali sekala apa salahnya.
Terima saja. Terima saja.
Dunia bukan tempat untuk orang manja.
Dunia menjadi ladang untuk kita membenih pahala membaja jiwa dengan segala cintaNya.
Untuk apa?
Untuk pulang ke tempat asal kita.
Mana
Syurga
Syurga Yang indah seperti janji Allah
Kita yang muda-muda ini sudah merengek Kepada Allah,minta Allah mudahkan jalan.
Kau pernah berfikir akan ujian apa ketika tua umur 40 dah berdepan?
Pdah berlori-lori agaknya ujian.
Sebab itu, orang tua-tua umur 70 tahun larat lagi tak bangun malam, dating dengan Allah sang Qaliq
Something yang jarang-jarang orang muda lakukan.
Ingat ini.
Pesan pada diri.
Pesan pada hati.
Kita bakal punyai suami.
Kita bakal punyai isteri.
Kita bakal punyai generasi sendiri.
Anak-anak yang bakal lahir dari rahim kita ini.
Anak kecil itu bakal punyai abi, bakal punyai ummi.
Adakah kita dah sedia wahai diri?
Berdepan ujian yang lebih besar nanti?
Jangan sampai kita menyesal bila sudah tua nanti.
Menyesal sudah tua tak ada guna lagi.
Kalau dah sampai masa Izrail menjemput diri sekarang ini, mana akan lari?
Mana akan lari?
Kembalilah, raih Sang Ilahi.
Baiki diri. Baiki hati.
Benar, kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah coba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan. Tapi percayalah, suatu saat kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya. Percaya dan terus percaya.
Pada Engkau Tuhan Yang Satu.
Tenangkanlah hari-hariku.
Tenangkanlah hari-hariku.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar