CSS

Kamis, 10 Juli 2014

Bila Jiwa Bergelora

Hari ini letih,matapun berat. Kurang istirahat serta kurang tidur. Bila jiwa bergelora hati mejadi tidak tenang, otak asyik berfikir jantung boleh berdegup kencang. Pergilah jauh-jauh wahai perasaan. Tak mampu rasanya menanggung beban ini lagi. Bebaskalah jiwa dari belenggu ini.

Masalah hadir dalam hidup kita sebagai cabaran. Besarnya bagaimana kita menghadapi & menanganinya. Cerdik pandai akan menghadapinya dengan menggunakan akal tetapi bila hati sedang bergelora emosi juga akan menang. Bertabah!

Masalah kecil sekiranya salah ditangani akan menjadi besar. Semakin besar bila melibatkan orang lain dan semakin meleret-leret bila semakin ramai yang terlibat. Bila melibatkan orang lain dan pihak ketiga itu pula hanya berdiam tanpa berbicara sedangkan yang pertama dan kedua menjadi huru-hara. Pusinglah!!!!

Saya bergaduh dengan orang...hahahaaa... Saya bergaduh sebab dia marah orang lain depan saya. Tengking.  Tunjuk penumbuk dimuka. Marah tanpa sebab yang jelas. Tiada angin tiada ribut umpama orang yang tidak waras. Terkedu orang yang dimarah. Tak tahu hujung entah dimana pangkal tiba-tiba kena tengking kena herdik!

Entahlah. Menangis sampai bengkak mata. Geram. Egokah dia? Keras hatinya umpa kerikil. Aku tak mampu. Aku tewas sebelum berjuang. Takut andai aku tersalah langkah tersalah kata. Segalanya pasti akan menjadi lebih ribut!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar